“Saya Dah Move On Tapi Netizen Yang Tak Move On Lagi Sebenarnya” – Rita Rudaini

Hiburan

“Saya Dah Move On Tapi Netizen Yang Tak Move On Lagi Sebenarnya” – Rita Rudaini

Setiap kali Rita Rudaini berkongsikan sesuatu tentang dirinya dan anak-anak di laman sosial, pastinya netizen tidak akan melepaskan peluang untuk mengaitkannya dengan bekas suami pelakon jelita tersebut, Aidil Zafuan. Telah berpisah sejak 6 tahun yang lalu, Rita memaklumkan dia tidak pernah lagi mengaitkan dirinya dengan dengan bekas suami namun hanya berkongsikan tentang kisah anak-anaknya di media sosial.
rita rudainiSenang cakap, Rita Rudaini dah lama move on, cuma netizen sahaja yang masih suka mengaitkan apa sahaja yang dilakukan oleh Rita dengan bekas suaminya itu. Kesian juga jadi Rita kan? Orang lain pula kononnya lebih tahu tentang perasaan dirinya.

Kata Rita:-

Advertisement

Kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu dan saya tidak pernah sesekali berkongsi mengenai kisahnya di media sosial sejak itu lagi. Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. Apabila saya kongsikan mengenai anak-anak mereka akan kaitkan posting tersebut dengan bekas suami.

Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya? Bagi saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarganya sendiri sekarang

rita rudaini

Sebenarnya ada satu cara yang mudah untuk membuktikan kepada netizen bahawa Rita sudah benar-benar move on. Caranya tak lain tak bukan ialah berkahwin sekali lagi. Selesai segala masalah. Hehehe. Namun bukan mudah nak mencari calon suami yang benar-benar memahami kita di zaman serba moden ini. Sama-samalah kita doakan agar Rita bertemu jodoh di masa hadapan, sekaligus menamatkan spekulasi daripada netizen. Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...