“Saya Dah Bertunang Kemudian Putus Kerana…” Pelakon Baru, Alya Iman Tampil Beri Penjelasan Isu Ganggu Rumah Tangga Orang

Hiburan

“Saya Dah Bertunang Kemudian Putus Kerana…” Pelakon Baru, Alya Iman Tampil Beri Penjelasan Isu Ganggu Rumah Tangga Orang

Semalam kecoh apabila seorang wanita mendakwa pelakon baru yang sedang meningkat naik, Alya Iman dikatakan telah menjadi punca rumah tangganya diganggu.

Selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang bergelar ahli perniagaan itu, Alya telah tampil memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku.

Advertisement

Jelas Alya, dia sebenarnya sudahpun mengikat tali pertunangan dengan lelaki itu pada 27 Februari yang lalu. Difahamkan, isteri pertama bekas tunangnya itu telah bersetuju untuk menerima dirinya sebagai madu.

Walau bagaimanapun, Alya yang merupakan anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha itu dilaporkan telah memutuskan pertunangan dengan lelaki yang mempunyai dua cahaya mata itu kerana status dirinya tidak diketahui dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama bekas tunang.

View this post on Instagram

Okay jom i dah siap ?

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

 Antara kenyataan pemilik nama  Nur Alya Iman Azmil, 19, ;

“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang telah pun berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua. Walau bagaimanapun pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.”

Menurutnya lagi, segala hadiah yang diberikan lelaki itu telah dipulangkan kembali kerana perasaan bersalah yang timbul berikutan perkara itu.  Dia kemudian berkata dirinya kini pasrah dan redha dan percaya apa yang terjadi ketika ini adalah ketentuan daripada Allah.

Dia memohon sokongan dan dokongan daripada semua pihak kerana apa yang terjadi ketika ini merupakan dugaan yang agak berat baginya.

View this post on Instagram

Enough of Raya food! Finally Sushi after 3months ?? #makanjekerja

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

Alya turut memohon maaf kepada mereka di luar sana yang terjejas akibat perkara ini. Tambahnya lagi, apa yang berlaku ternyata telah mematangkan dirinya dan dia kini hanya ingin fokus kepada kerjaya sahaja dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Sumber : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...