Saya Bukan Suka-Suka Bersolek Jadi Wanita – Nazim Othman

Hiburan

Saya Bukan Suka-Suka Bersolek Jadi Wanita – Nazim Othman

Ramai yang terpegun dengan “kecantikan” pelakon Nazim Othman apabila dia memuat naik foto dirinya bersolek seperti wanita dan memakai rambut palsu. Sekali pandang, tidak dinafikan memang “cun”.

nazim othman bersolek

Advertisement

Kecoh juga jadinya sehingga ada netizen yang mula mencetuskan pelbagai spekulasi dan mengecam Nazim.

Enggan terus dihimpit kontroversi, Nazim tampil menjelaskan ketika itu dia menghadiri sesi uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang mak nyah.

Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik.

Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung.

nazim othman

Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja.

Biasalah, sebagai seorang pelakon kenalah cabar diri untuk membawakan pelbagai watak. Barulah ‘versatile’. Harapnya dengan pejelasan Nazim ini, netizen berhenti mengecam dan mengaitkannya dengan kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...