Saya Bukan Sengaja Peluk Bahu Ayda, Hanya Ikut Skrip – Redza Rosli

Hiburan

Saya Bukan Sengaja Peluk Bahu Ayda, Hanya Ikut Skrip – Redza Rosli

Anugerah DFKL 2017 sudah beberapa hari berlalu tetapi ada sahaja kontroversinya. Bermula daripada pengacaraan dan gaya rambut Rita Rudaini yang dikecam netizen, kini ada pulak pihak yang tidak selesa apabila pelakon Redza Rosli dikatakan sengaja memeluk bahu Ayda Jebat dalam satu segmen pada malam anugerah berkenaan. Boleh tahan jugalah mereka kena kritik dengan pengguna media sosial.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Redza yang tidak mahu isu ini terus berpanjangan menjelaskan beliau bukanlah sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap Ayda.

Namun, mereka hanya mengikut skrip dan arahan pengarah, Erma Fatima pada satu segmen yang memerlukan mereka seolah-olah sedang berlakon di lokasi drama.

Tiada apa yang pelik berlaku pada malam itu kerana kami hanya menurut arahan pengarah. Tidak mungkin saya melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kontroversi malah saya lega kerana penonton dan peminat memahami kami hanya melunaskan tugas sebagai penyampai anugerah. Malah ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia cuma lakonan semata-mata.

Ayda juga ketika dihubungi oleh portal Harian Metro enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.

Dengan penjelasan ini, harap tiada lagi yang hendak memanjangkan isu ini. Pelakon kan harus mengikuti skrip dan arahan. Tak gitu? Heh..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...