Saya Bukan Jenis Perampas Dan Perosak Rumahtangga Orang – Nora Danish

Hiburan

Saya Bukan Jenis Perampas Dan Perosak Rumahtangga Orang – Nora Danish

Minggu ini dan minggu lepas memang banyak Abang Nara keluarkan cerita mengenai Nora Danish. Ada yang suka dan yang pastinya ada yang benci. Siap ada cadangkan Nora Danish jadi bini nombor dua Abang Nara. Kecil tapak tangan, nyiru Abang Nara tadahkan. Sayangnya Nora Danish berkata kepada Pancaindera yang dia bukanlah perosak rumahtangga orang mahupun seorang perampas.

nora danish

Advertisement

Kenyataan ini dikeluarkan kerana namanya pernah dikaitkan dengan Adi Putra ketika Adi mengalami krisis rumahtangga dengan isterinya. Ada peminat yang ekstrem telah melabelkan Nora Danish sebagai perosak rumahtangga. Ternyata dakwaan itu langsung tidak benar apabila rumahtangga Adi Putra pulih seperti biasa. Kata Nora:-

Saya dah masak dengan cerita-cerita dan gosip yang melanda saya selama ini. Saya anggap itu satu dugaan kepada saya dalam membina kerjaya sebagai pelakon. Saya bukan jenis perosak rumahtangga orang bahkan bukan perampas. Saya tahu apa yang saya boleh lakukan dan jauh sekali untuk melakukan perkara terkutuk seperti yang dikatakan.

nora danish

Yang terbaru, Nora Danish mengakui dirinya sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ahli perniagaan. Hubungan mereka masih berada di tahap kawan namun Nora berjanji akan mengumumkan sekiranya hubungan tersebut maju setapak di masa hadapan. Lebih penting, Nora Danish berkata yang dia akan bertudung sepenuhnya tidak lama lagi.

Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan itu bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya Allah saya akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang menantikan masa yang sesuai. Saya tidak mahu nanti ada yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan hati yang ikhlas.

Semoga masa yang sesuai itu akan tiba tidak lama lagi. Pasti banyak peminat yang akan gembira melihat penampilan Nora Danish dengan imej bertudung kelak. Confirm lebih cantik, manis dan ayu. Semoga perubahan itu akan membawa satu titik baru dalam kehidupan insan bernama Nora Danish.

P.S: Meja pool yang unik dan pelik tak ingat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...