Written by Bella | October 24th, 2019

Kecoh beberapa bulan lalu mengenai berita putus tunang pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman. Timbul pelbagai kontroversi mengenainya termasuklah dakwaan mengatakan Syafie bertindak kasar terhadap bekas tunangnya sehingga mendatangkan kecederaan.

syafie naswip

Selepas ditahan reman oleh pihak polis dan Syafie turut memberikan kerjasama yang baik untuk siasatan lanjut mengenai kes tersebut, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib. Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua.

syafie naswip

Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa. Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat.

Perkara itu juga disahkan oleh peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates.

syafie naswip aishah azman

Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.

Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut.

syafie naswipTerdahulu, menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh Aishah, dia mendakwa Syafie memukulnya dan juga mempunyai hubungan songsang.

Sumber Berita : Astro Gempak

18 responses to Saya Bersyukur Dan Rasa Lega – Syafie Naswip Terbukti Tidak Bersalah Atas Tuduhan Pukul Bekas Tunang

  1. farah says:

    ada potensi untuk jadi kaki pukul pompuan, awas dan jauhilah jantan seperti ini.

  2. John Jenin says:

    Apa ke benda la hg ni farah hoii.. potensi apanya.. keputusan di pihak dia, dan dia x bersalah.. Tkt ppuan tu ja nak lps diri buat reka crita.. Awas juga dgn ppuan kaki putar belit & kuat fitnah.. ada paham? ?

  3. Shahrul says:

    Tahniah dik. Move on. Pedulikan kata2 orang.

  4. Tim says:

    Yup sejenis kaki pkul pmpuan ni..tpi dpn org rmai pura2 baik..bekas tunang die xknlh smpi wt laporan klau x kne pkul..trbkti x slah x semstinye benar2 x brsalah

  5. Anonymous says:

    Betul tu..tah pape je si farah ni..

  6. WawaRis says:

    Betul tu john jenin..tahpape je si farah ni..

  7. anon KT says:

    nak pesan kat bekas tunang dia si aishah tu..; s’org lelaki yg mempunyai hubungan sangat2 baik dgn ibunya malah dgn keluarganya, insyaAllah dia jenis yg baik juga dgn perempuan melainkan sikap perempuan tu sendiri yg kurang ajar padanya.

    tahniah syafie naswip!! anda bakal bertemu calon isteri yg lbh baik.. syukurlah Allah tunjukkan belang bekas tunang kamu tu sblm terlajak nikah.. & takziahlah pd aishah sbb dah terlepas lelaki baik sbg calon suami

  8. aabbb says:

    aishah ni mmg dtg dr famly yg pandai play victim agaknye. dulu kes abg dia n ina azman…
    now tgk ina azman dh bahagia n kaya

    abg die still di level yg lama.
    dulu teruk si ina tu kena hentam

    now si ayie ni pulak cuba dipersalahkan
    aku percaya sebab mulut puaka si aishah ni la yg buat si ayie naik hantu
    pastu nak control hidup si ayie…cemburu buta
    nasib la x jd kawen…dh kawen esk nak balik jumpa mak ayie pun pmpuan ni x bg

  9. Anonymous says:

    teringat dulu abg dia kemain gaduh kua media..dengan ibu pulak tu..tahniah syafie…

  10. yaya says:

    walaupon aku ni perempuan, tapi ntahla hati aku rasa sokong dekat si syafie ni. dia ni dari kecik mmg budak baik.

  11. perempuan keadilan says:

    baik dengan mak.. baik dgn org keliling. xsemesti xpukul pmpuan. kwn aku sndri. laki baik nak mampos. pijak semut xmati. kuat agama. tapi bini silap sikit lempang.pukul. pastu buat2 konon dia xbrsalah. bini dia salah.kes syafie ni. even ex tunang dia teruk ke mulut puaka ke. dia ttp takda hak nk angkat tgn pukul pmpuan. xkisah la alasan apa pun. angkat tgn gn pmpuan mmg jantan dayus!!!!! baru tunang. dah kawin.angkat tangan. xde sapa tau. bini xnk besar kan. sbb syg family.anak2.pikir2 kan la. jantan dayus.

  12. Anonymous says:

    Blog ni dah mati… mari pindah ke Cari Forum..mcm2 ada dalm Gossip Selebriti Tempatan.

  13. paula says:

    eh tak cukup bukti bukan bermakna tak salah dan tak pukul. apa bodoh sgt netizen. dia mmg pukul angkat tangan semua kn dia pergi mengaku kt polis. baik ke lelaki yang naik tangan mcm tu? sibok menilai hubungan dgn keluarga and ibu. walau dia baik mcm malaikat pon, still tak ubah the fact yang dia pukul perempuan. Faham?? semak!

  14. Anonymous says:

    awak ada potensi jadi pompuan kaki belit – jauhi wanita sperti ini

  15. nina says:

    memang laki dayus. melain kan syafie ni ada kad org gila. ni normal. pukul pmpuan tetap dayus tak kisah la apa alasan pn. !!!!!

  16. Aishah says:

    Byknye iD si echah ni.. Nak tunjuk dia x salah letew.. Masuk sini.. Main isu dayus.. Nampak nau terkesan.. Loser woman..

  17. acik says:

    Ye faham… Mmg tak percaya Syafie ni buat macam tu..

  18. Anonymous says:

    ni mak aisha azman ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini