“Saya Bersalah Kerana Bitter” – Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

Hiburan

“Saya Bersalah Kerana Bitter” – Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

Akui dikecam hebat oleh netizen, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz, iaitu Amal Syahmina tampil bersuara selepas beliau dikhabarkan cuba mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya itu dalam satu entri di laman Instagramnya tempoh hari.

"Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

Advertisement

Bagaimanapun, mahu kekal dengan sifat rendah diri, Amal difahamkan telah mengaku bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan satu kesilapan.

https://www.instagram.com/p/CFhn8Beh_tc/

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya.”

Dedahnya lagi, beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya cuba bertindak ‘bitter’ sedemikian rupa. Hal Ini kerana, tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini.

"Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

“Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik. Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun. Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya, dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya.”

Tambahnya lagi, hubungan dengan bekas kekasih dikatakan mula retak dan tidak lagi mesra seperti sebelum ini apabila hadirnya orang ketiga. Malah, turut menegaskan bahawa sebolehnya mahu terus memulakan kehidupan baru tanpa terus dibayangi kisah silamnya dengan bekas kekasih.

"Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini. Sekarang masa saya untuk lupakan. Saya berhak sesuatu yang lebih baik begitu juga dirinya. Mungkin kami bukan dijodohkan untuk bersama. Reda.”

"Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak "Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

Terdahulu, Amal dikatakan menyindir tindakan seorang selebriti berkaitan pemakaian sarung kaki. Perkara itu bagaimanapun telah mencetuskan reaksi kurang senang daripada jutaan pengikut selebriti tersebut. Malah, ia juga secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi mengenai perhubungannya dengan bekas kekasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...