Entah kenapa apa sahaja benda yang melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan menjadi percakapan orang. Bermula daripada isu beliau dikritik tidak sesuai membawakan watak Badang, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan produk D’Herbs keluarannya menggunakan “pelaris”.
Menerusi akaun Instagramnya, Aliff ada memuat naik foto mesej yang diterima dan lebih buruk lagi dakwaan tersebut dibuat oleh seorang Ustaz yang juga seorang pengamal perubatan.
Aliff akui beliau merasa kesal dengan tuduhan itu kerana beliau berniaga secara jujur. Malah, semua produknya mendapat kelulusan KKM serta selamat untuk digunakan.
Walaubagaimanapun, Aliff tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung isu tersebut dan menegaskan beliau masih mempunyai pendirian agama dan tidak akan melakukan perkara syirik.