Saya Bahagia Hidup Bermadu, Selalu Hormat Hak Isteri Pertama – Zarina Zainuddin

Hiburan

Saya Bahagia Hidup Bermadu, Selalu Hormat Hak Isteri Pertama – Zarina Zainuddin

Dikala ramai yang membahaskan kehidupan bermadu menyakiti banyak hati dan pihak gara-gara kontroversi Intan Liana, Ude Wahid dan Izreen, pelakon Zarina Zainuddin pula tampil dengan cerita yang berbeza. Menerusi portal Harian Metro, beliau berkongsi kehidupan beliau sebagai isteri kedua dan sudah hidup bermadu selama 25 tahun.

Advertisement

Kekal harmoni dalam kehidupan bermadu, Zarina memberitahu beliau bertemu dengan isteri pertama suaminya untuk meminta restu sebelum berkahwin dan berkongsi kasih.

Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama. Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu.

Zarina dan suami

Alhamdulillah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam kedaaan baik.

Zarina sedar kedudukan dirinya sebagai isteri kedua dan sangat menghormati madunya. Kena harus banyak mengalah demi kebahagiaan bersama.

Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami. Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.

Menurut Zarina, perkahwinan yang dibina bukanlah berdasarkan perasaan cinta cuma rasa simpati suami pada dirinya. Bagaimanapun, beliau tidak berkecil hati dengan pengakuan itu kerana yakin dan percaya niat suaminya itu ikhlas.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...