Kisah pendakwah, PU Abu diakui memang menjadi perhatian ramai. Sehingga hari ini, masih ada yang bengang dengan tindakannya menceraikan isteri yang sedang sarat hamil demi mengejar cinta seorang janda anak satu.
Walaupun dikecam teruk, PU Abu masih berdiam diri dan enggan memberikan kenyataan rasmi adakah benar beliau sudah berkahwin lain.
Disebalik segala persoalan dan kekecohan, PU Abu menerusi Insta Stories di Instagram memuat naik kenyataan yang beliau sama sekali tidak pernah mengendahkan kebajikan anaknya yang bakal dilahirkan.
PU Abu mendedahkan beliau sudah memberikan wang RM10,000 kepada bekas isterinya sebagai nafkah selain membeli barang keperluan bayi.
Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh PU Abu dipertikai oleh sesetengah pihak. Apakah motif beliau menghebahkan pemberian kepada bekas isterinya itu? Wang ringgit tidak mampu dapat menyembuhkan segala derita dan kelukaan.
Doakan yang baik-baik sahaja agar PU Abu akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga selama-lamanya.