Saya Bagi RM10,000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah Dan Barang Anak – PU Abu

Hiburan

Saya Bagi RM10,000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah Dan Barang Anak – PU Abu

Kisah pendakwah, PU Abu diakui memang menjadi perhatian ramai. Sehingga hari ini, masih ada yang bengang dengan tindakannya menceraikan isteri yang sedang sarat hamil demi mengejar cinta seorang janda anak satu.

Advertisement

Walaupun dikecam teruk, PU Abu masih berdiam diri dan enggan memberikan kenyataan rasmi adakah benar beliau sudah berkahwin lain.

Disebalik segala persoalan dan kekecohan, PU Abu menerusi Insta Stories di Instagram memuat naik kenyataan yang beliau sama sekali tidak pernah mengendahkan kebajikan anaknya yang bakal dilahirkan.

PU Abu mendedahkan beliau sudah memberikan wang RM10,000  kepada bekas isterinya sebagai nafkah selain membeli barang keperluan bayi.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh PU Abu dipertikai oleh sesetengah pihak. Apakah motif beliau menghebahkan pemberian kepada bekas isterinya itu? Wang ringgit tidak mampu dapat menyembuhkan segala derita dan kelukaan.

Doakan yang baik-baik sahaja agar PU Abu akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga selama-lamanya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...