Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengakui kesilapan beliau menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) negeri Sarawak untuk kenderaan mewah Rolls Royce Ghost beliau yang baru-baru ini disita oleh pihak JPJ. Aliff akan membayar denda yang dikenakan tetapi enggan lagi mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Memang saya salah sebab saya cuai dan akan bersedia membayar denda atas kesalahan ini. Saya harap mereka di luar sana tidak lagi mengecam saya atas kesalahan ini kerana sebagai manusia biasa saya juga melakukan kesilapan,
Saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya. Tetapi pihak netizen juga kalau boleh janganlah menghukum saya ibaratnya saya membuat satu kesalahan yang besar seperti membunuh dan merogol.