“Saya Akan Rakam Dan Buat Laporan Polis..” Tindakan Lelaki Ini Halang Peniaga Jual Arak Di Kedai Runcit Mengundang Kritikan Netizen

Berita

“Saya Akan Rakam Dan Buat Laporan Polis..” Tindakan Lelaki Ini Halang Peniaga Jual Arak Di Kedai Runcit Mengundang Kritikan Netizen

Tindakan seorang individu baru-baru ini telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen apabila dia ada berkongsikan mengenai tegurannya terhadap seorang juruwang muslim yang sedang menguruskan transaksi penjualan arak di sebuah kedai serbaneka.

Perkongsian itu dibuat Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Bangi, Bilal Jailani di Facebook miliknya kelmarin.

Advertisement

 

Ceritanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang beratur untuk membuat pembayaran dan turut menunggu untuk melakukan transaksi itu adalah seorang warga asing yang menunggu giliran membayar beberapa botol minuman keras.

Selesai membayar, saya bertanya kepada juruwang itu adakah dia menguruskan transaksi arak tersebut. Saya bagitahu dia, jika teruskan saya akan rakam dan buat laporan polis.

Kata Bilal lagi, dia turut memaklumkan individu yang ingin membeli arak tersebut bahawa juruwang yang bertugas tidak boleh membuat transaksi pembayaran minuman keras tersebut kerana statusnya yang beragama Islam.

Kemudian, seorang lagi pekerja datang dan memaklumkan kepada saya bahawa mereka juga tidak mahu menjual arak itu tetapi ia merupakan tugas yang perlu diikuti.

Jelasnya lagi, dia berasa terpanggil untuk bertindak demikian kerana selain melanggar undang-undang, Bilal ingin menghalang satu lagi kemungkaran daripada berlaku di depan mata.

Arak

“Ini adalah kali keempat saya menegur juruwang muslim berkenaan jualan arak di kaunter pembayaran. Alhamdullilah, berjaya halang satu kemungkaran.” tulisnya.

Sehubungan itu, ia telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya yang rata-rata berpendapat bahawa lelaki itu seolah ‘memandai-mandai’ menjadi penguatkuasa dan tidak berhak untuk berbuat demikian.

Malah ada yang membandingkan penjualan arak dengan rokok yang masih dibenarkan penjualan secara terbuka meskipun telah diklasifikasikan sebagai haram penggunaannya.

SPRM
2 years ago

Gaji Kecil Tapi Terlihat Hidup Mewah? Anda Mungkin Akan Disiasat SPRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...