Susulan isu pelakon Serina Redzuawan yang bakal dipenjarakan, bapa beliau Chef Wan tidak dapat menahan amarahnya lagi dan mendakwa bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh seorang yang biadap dan hipokrit semata-mata untuk menutup kesalahan beliau sendiri.
Chef Wan juga berang dan mempersoalkan tindakan Gavin yang memerintah anak-anaknya tidak boleh tidur bersama datuk mereka sendiri sedangkan daripada kecil beliau banyak membantu serta menjaga kebajikan cucu-cucunya iaitu Tristan Tareef dan Isabella Safiyya.
Tidak gentar dengan segala tindakan Gavin, Chef Wan akan menyerahkan hal tersebut kepada peguamnya dan akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah keluarganya yang dilempar dengan pelbagai fitnah.
Mungkin ada netizen yang berpendapat Chef Wan terlalu lantang bersuara, tetapi bapa mana yang sanggup melihat anak perempuan mereka dalam kesusahan dan dihimpit pula dengan pelbagai tuduhan. Semoga isu ini dapat diselesaikan dan keadilan dapat ditegakkan, kesian kepada dua orang kanak-kanak yang masih belum mengerti apa yang berlaku.