Saya Ada Hak Muat Naik Apa Pun Di IG Saya – Elfira Loy

Hiburan

Saya Ada Hak Muat Naik Apa Pun Di IG Saya – Elfira Loy

Sejak dihimpit kontroversi mengenai kisah percintaan terdahulu, pelakon Elfira Loy agak jarang berkongsi kisah peribadinya lagi dengan umum.

Advertisement

Namun, apabila Elfira mula memuat naik fotonya bersama tunang tercinta Faris K Anuar di akaun Instagramnya baru-baru ini, adalah ‘mak cik dan pak cik bawang’ yang mempertikaikan tindakannya itu.  Elfira dikatakan sengaja ingin menayang kebahagiaan bersama tunangnya.

Mungkin agak bengang dan bosan dengan orang lain yang ingin menuduh serta mengatur kehidupannya, Elfira berkata beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa pun di akaun Instagramnya.

Bukan semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain, pasti ada sahaja salah yang ingin mereka cari. Namun, jangan terlalu ambil pusing dengan komen-komen negatif itu. Jalani sahaja kehidupan dengan cara anda sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...