Sanggup Tolak Pelawaan PM Kanada Untuk Bertemu, Akhirnya Ini Balasan Dari Majlis Wanita Islam Di Kanada

Trending

Sanggup Tolak Pelawaan PM Kanada Untuk Bertemu, Akhirnya Ini Balasan Dari Majlis Wanita Islam Di Kanada

Sebuah video telah tular di media sosial baru-baru ini yang mengisahkan seorang wanita berhati mulia membantu orang gelandangan di sekitar Motreal, Kanada.

Advertisement

Wanita ini menjadi perhatian disana apabila beliau telah menolak jemputan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hanya kerana beliau terlalu sibuk dengan aktiviti kesukarelawan membantu menyediakan dan mengagihkan makanan kepada golongan memerlukan antaranya gelandangan dan mangsa penderaan.

Sabariah Hussein pernah menetap di Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu selepas menamatkan pembelajaran dalam bidang kulinari di Malaysia.

Lebih dikenali sebagai Sabria dalam kalangan penduduk setempat, beliau memasak 300 hidangan setiap hari sambil dibantu sukarelawan-sukarelawan tempatan terutama pelajar universiti.

Disebabkan amalan mulia beliau tersebut, beliau menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah Woman Who Inpired 2015 daripada Majlis Wanita Islam Kanada.

Kerja-kerja amal beliau menarik minat PM Kanada untuk bertemu, namun tidak menjadi kenyataan. Tetapi Sabariah tidak menolak bertemu di lain hari malah berhajat untuk memasak Mee Malaysia kegemarannya untuk dihidangkan kepada PM Kanada itu.

Menurut sukarelawan yang terlibat bersama-sama Sabariah semasa bulan Ramadan, mereka memahami alasan diberi Sabariah. Ini kerana tidak mungkin beliau mampu mencuri masa untuk bertemu dengan pemimpin tersebut dek kerana jadualnya yang padat dengan aktiviti memasak dan lawatan yang dijalankan bersama dengan gereja tempatan.

Disebabkan kebaikkan yang dibuatnya, beliau digelar Mother Teresa’s Muslim of Montreal dikalangan penduduk tempatan.

Dalam satu temu bual bersama Monteal Gazette, Sabariah berkata;

“Saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu semua orang tahu bahawa kami orang Islam juga adalah orang yang baik-baik”

Kerja-kerja amal beliau dilakukan secara percuma. Katanya,

“Saya menganggap kerja ini adalah kerja dengan Allah, sebab itu saya tidak dibayar”

Beliau berharap melalui kerja-kerja amal ini, imej Islam kelihatan baik dalam kalangan masyarakat Kanada. Malah hasil pendapatan dari jualan nasi diletakkan di depan masjid setiap Jumaat disalurkan kepada program-program amal yang dijalankan di melalui rumah tumpangannya Our 2nd Home Shelter sejak tahun 2001 lagi.Selain itu beliau turut berkongsi ilmu masakannya bersama penduduk setempat.

“Kamu boleh merasai bahawa beliau amat mengambil berat mengenai orang lain dan langsung tidak mementingkan diri sendiri”, ujar Steven salah seorang sukarelawan yang membantunya selama dua tahun.

Sabariah yang lahir di Johor namun membesar di Kuala Lumpur turut berkongsi, beliau mendapat inspirasi melakukan kerja amal dari ibunya yang banyak menyediakan makan kepada ribuan orang tidak berkemampuan sepanjang dia membesar.

Sabariah bersama 8 lagi ahli sudah biasa berkongsi ruang rumah mereka bersama orang yang memerlukan hingga pernah menginap bersama 18 orang ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang lain.

Kini beliau mewujudkan sendiri rumah tumpangan yang memberi peluang untuk orang yang tidak berkemampuan untuk berteduh di kanada.

Aktiviti terkininya untuk mengumpul dana membantu pelarian Rohingya di Malaysia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Muslim Kanada, Human Concern Internasional.

Jika seorang mak cik berusia 70 tahun mampu memberi impak melalui sumbangannya di negara orang, kita juga mampu melakukan hal yang sama di sini, d tanah air tercinta bernama Malaysia!

Kredit : Tahanuni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...