“Sangat Prihatin Rakyat Malaysia..” – Didakwa Bersukan Ketika Berpantang, Ini Balas Ozlynn Wati

Hiburan

“Sangat Prihatin Rakyat Malaysia..” – Didakwa Bersukan Ketika Berpantang, Ini Balas Ozlynn Wati

Pelakon, Ozlyn Waty memperjelaskan sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti riadah berbasikal di Instagram Stories.

johan ozlynn
3 years ago

(TAHNIAH) Johan Dan Ozlynn Wati Selamat Timang Cahaya Mata Ke-6

Advertisement

Video terbabit telah mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang mendakwa pelakon tersebut melakukan aktiviti sukan ketika dalam tempoh berpantang.

Kerana dakwaan itu, isteri kepada pelawak, Johan memperjelaskan bahawa video tersebut merupakan video lama yang dirakam kira-kira setahun yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Sangat prihatin rakyat Malaysia.. di video basikal tu pun ada ayat ‘baru semalam kayuh, tahu-tahu dah setahun’.

Penjelasan tersebut telah dikongsikan oleh pelakon drama, Bukan Gadis Biasa di Instagram Stories setelah menerima pelbagai dakwaan dari netizen.

IG Story Ozlynn

Tambahnya lagi, biarpun dia sudah mempunyai enam orang anak, namun dia tetap mengambil berat soal berpantang serta penjagaan badannya.

Terdahulu, Ozlynn baru sahaja menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September 2021.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...