“Sampai Hati Panggil Saya Hamlau” – Aliff Syukri Harap Diterima Datuk Awie Dalam Industri Muzik

Hiburan

“Sampai Hati Panggil Saya Hamlau” – Aliff Syukri Harap Diterima Datuk Awie Dalam Industri Muzik

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila penyanyi rock tanah air, Datuk Awie berasa kurang senang dengan kehadirannya dalam industri muzik negara.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, Aliff menyatakan bahawa dia merupakan seorang peminat tegar Datuk Awie.

Advertisement

Dia turut menceritakan zaman lalunya di mana dia sanggup mengumpul duit untuk membeli kaset Datuk Awie sehingga dimarahi ibu kerana dianggap membazir.

Saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset Dato Awie…Sampai mak saya marah saya kata saya membazir.”

Dalam pada itu, Aliff juga sangat berharap agar penyanyi lagu Sejati itu dapat menerima kehadirannya di dalam industri muzik dengan hati yang terbuka.

Apa pun saya doakan Dato Awie selalu bahagia dunia dan akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya..”

Pada akhir coretannya, dia turut menggunakan tanda pagar #datoawieidolasy bagi menunjukkan bahawa dia masih meminati penyanyi rock tersebut.

Sebelum ini, Datuk Awie pernah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengasas kosmetik yang dianggap ‘melacurkan’ serta merosakkan industri muzik tanah air.

2 years ago

"Lain Kali Panggil Orang Yang Ada 'Telinga' Jaga Vokal" - Pengarah Muzik Kritik Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...