Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-34, Netizen Seru Yuna Agar Berpakaian Lebih Sopan

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-34, Netizen Seru Yuna Agar Berpakaian Lebih Sopan

Menyambut ulang tahun ke-34 pada 14 November lalu, Yuna tampil berkongsi tentang perspektif dirinya terhadap Islam dan dunia sepanjang 15 tahun berada dalam bidang seni.

Advertisement

Namun begitu, wujud seorang pengikutnya di laman Instagram tampil menzahirkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Yuna dengan penuh sopan dan menyeru penyanyi itu untuk menukar gaya penampilannya ke arah yang lebih baik sebagai seorang muslimah yang mampu menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Tidak hanya berdiam diri, Yuna dilihat membalas ucapan itu di Insta Story miliknya dengan memohon maaf kepada individu terbabit dan yakin bahawa andai beliau meningkat dewasa kelak pasti individu terbabit tidak akan menilai seseorang berdasarkan penampilannya semata-mata.

Namun begitu, dalam posting yang berlainan pula, Yuna dilihat tidak segan memaklumkan kepada umum bahawa perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi Islam penuh dengan perkara yang menyenangkan.

Katanya, beliau yang pernah tertekan di awal kariernya sebagai seorang Islam yang konservatif demi memberi penilaian yang baik pada mata umum tampil melepaskan segala yang terbuku di dadanya dalam entri berkenaan.

“Ini yang saya perhatikan dan belajar. Hubungan saya dengan Allah terlalu istimewa dan peribadi. Ia bukan untuk saya tunjukkan di media sosial. Mengapa anda tidak pernah melihat saya memuat naik foto memakai telekung, solat atau membaca Al Quran adalah ia bukan untuk tontonan umum. Saya tidak perlu membuktikan diri sebagai seorang Muslim yang baik. Tunjuk dan lakukan adalah dua hal yang berbeza.”

Kata Yuna, kuat macam manapun seseorang itu berusaha untuk menyenangkan hati orang lain, ia pasti tidak akan pernah cukup kerana bukan semua orang mengenali siapa sebenarnya kita.

“Jangan hantar diri anda ke lembah depresi untuk hal seperti ini. Masyarakat kita tidak pernah sepenuhnya mengguna pakai pepatah ‘Don’t judge a book by its cover. Kita sebenarnya selalu mahu dilihat sebagai Muslim yang sempurna.”

Dalam pada itu, Yuna juga dilihat turut berkongsi pengalaman dirinya berdepan dengan individu dan wanita yang tidak berhijab namun mempunyai hati yang sangat baik.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...