Sama Ada Melancong Solo, Bersama Kawan Atau Keluarga, Kunming Ada Segalanya Untuk Anda

Hiburan

Sama Ada Melancong Solo, Bersama Kawan Atau Keluarga, Kunming Ada Segalanya Untuk Anda

Hari ini Abang Nara nak berkongsi tentang satu destinasi pelancongan yang sesuai untuk anda semua. Tak kiralah melancong solo ke, melancong dengan awek/isteri ke, melancong dengan family ke, melancong dengan kawan-kawan ke, this place is just perfect for any kind of traveler (amboi speaking). Tempatnya tak lain tak bukan ialah Kunming, sebuah bandar moden terbesar di daerah selatan Yunnan.

image

Abang Nara confirmlah jenis travel dengan family. Anak 3 orang nie mesti nak mengikut pergi mana-mana. Hehehe

image

menerusi sekeping ini pun kita dah boleh bayangkan betapa awesomenya Kunming ini

Dikenali sebagai “City of Eternal Spring”, walaupun mengalami cuaca 4 musim, suhu di Kunming adalah seperti musim bunga untuk sepanjang tahun. Memang sedap-sedap je untuk kita pergi melancong ke sana. Tak berapa panas, tak berapa sejuk. Pendek kata, Kunming ini sesuai dilawati sepanjang tahun tanpa perlu risau cuaca ekstrim. Ok jom kita apa tempat yang sesuai dilawati di Kunming untuk jenis-jenis traveler yang berbeza:-

Advertisement

1. Untuk mereka yang travel bersama family
Salah satu masalah apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil seperti Abang Nara ini ialah tempat percutian yang terhad. Tak semua tempat adalah mesra kanak-kanak. Tapi di Kunming, banyak tourist attractions dan aktiviti yang boleh menggembirakan hati anak-anak anda. Antaranya seperti Dwarf Empire Amusement Park, Daguan Yuan Park dan juga Kunming Botanical Garden.

image

Dwarf Empire Amusement Park yang mempunyai lebih daripada 100 orang kerdil di dalamnya

image

boleh bawak anak-anak naik bot di Daguan Yuan Park

image

petang-petang boleh berkelah di Kunming Botanical Garden bersama keluarga

2. Untuk mereka yang travel solo dan sukakan cabaran
Salah satu kelebihan untuk mereka yang suka travel solo ialah semua jenis aktiviti boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan orang lain. Di Kunming ada banyak tempat-tempat akvititi-aktiviti lasak dan mencabar yang pasti menguji tenaga, minda dan fizikal anda. Antaranya ialah Stone Forest, Green Lake dan juga Jiaozi Snow Mountain. Pastikan anda berehat secukupnya sebelum melawat tempat-tempat ini sebab confirm perlukan banyak tenaga.

image

fuh, nak explore Stone Forest nie mahu makan satu hari. Tapi pemandangannya confirm berbaloi-baloi

image

boleh bagi burung makan, boleh buak aktiviti air, boleh tangkap gambar, boleh jalan-jalan dan banyak lagi aktiviti best yang anda boleh lakukan di Green Lake ini

image

Jiaozi Snow Mountain ini paling best sebab boleh main salji, hiking dan macam-macam lagi

3. Untuk mereka yang suka travel bersama kawan dan mempunyai hobi tangkap gambar
Sekiranya anda seorang yang suka travel bersama kawan-kawan dan mempunyai hobi yang sama iaitu menangkap gambar, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang mengabadikan keindahan bandar Kunming menerusi lensa kamera anda. Impian anda untuk menangkap gambar yang membuatkan orang lain “jaw drop” pasti akan tercapai di Kunming. Banyak tempat yang mempunyai pemandangan yang super duper awesome. Antaranya ialah Lavender Wetland Park dan Kunming Jiuxian (dikenali sebagai museum of karst caves). Pastikan anda membawa bateri yang secukupnya sebab confirm berjam-jam anda akan habiskan masa membidik gambar di sini.

image

pemandangan di dalam dan luar gua Kunming Jiuxiang ini pasti akan membuatkan setiap photographer teruja

image

4. Untuk anda yang travel with that special someone
Tiada apa yang lebih menggembirakan sekiranya sedang dilamun cinta dan berpeluang menghabiskan masa bersama si dia tanpa sebarang gangguan. Dari Kunming, anda boleh menaiki kapal terbang, keretapi atau bus untuk ke Lijiang, sebuah bandar lama yang yang cukup romantik. Anda boleh berjalan-jalan sambil berpimpin tangan menikmati keunikan senibina bangunan bandar lama ini, pemandangan indah Blue Moon Valley, dan juga menghabiskan masa berborak-borak di Black Dragoon Pool. Jangan lupa untuk ke Jade Dragon Snow Mountain dengan menaiki cable car dan mengkagumi keindahan alam ciptaan Tuhan bersama si dia yang tercinta.

image

romantic juga kalau jalan-jalan sambil makan aiskrim dan menikmati keunikan bangunan lama Lijiang nie kan?

image

anda boleh berborak-borak di atas jambatan Black Dragon Pool ini sambil menghirup udara segar bersama si dia yang tercinta

image

memukau sungguh pemandangan Blue Moon Valley ini

Amcam best tak Kunming? Jadi janganlan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan dan keunikan Kunming kerana bermula dari 19 Dec 2017, AirAsia akan menambahkan penerbangan dari 1 kali sehari ke 2 kali sehari! (Kuala Lumpur – Kunming) .Tempah penerbangan ke Kunming sekarang dengan harga RM179 (all in fare one way).Tempahan boleh dilakukan sekarang sehingga 3 Disember ini untuk penerbangan bermula sekarang sehingga 6 Mei 2018.

Lijiang-3285

Maklumat lanjut boleh layari www.airasia.com .

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...