“Salute Pekerja Dekat Situ” – Netizen Puji Pekerja Pasar Raya Benarkan Anjing Jalanan Berteduh

Kehidupan

“Salute Pekerja Dekat Situ” – Netizen Puji Pekerja Pasar Raya Benarkan Anjing Jalanan Berteduh

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran daripada seorang pengguna dikenali sebagai Aqlul Hakimi Saiful Aula yang berkongsi kisah yang meraih perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Aqlul menceritakan tindakan seorang pekerja pasar raya yang membenarkan seekor anjing jalanan memasuki premis untuk berteduh.

Advertisement

Difahamkan, Aqlul pada awalnya memasuki premis berkenaan untuk membeli barangan rumah namun terkejut melihat seekor anjing yang menyorok di bahagian bawah rak barangan.

anjing

Pekerja kata guruh kuat dekat luar buat dia takut.. sebab tu dia lari menyorok dekat situ.

Malah, dia turut dimaklumkan oleh pekerja tersebut ini bukan kali pertama anjing itu masuk tetapi setiap kali guruh dan hujan lebat anjing tersebut akan masuk ke premis dan menyorok di situ.

Kesian dia.. nasib si anjing jalanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan pekerja tersebut yang membenarkan anjing jalanan itu untuk berlindung di dalam premis.

Salute to the workers there. Tolong haiwan jalanan pahalanya besar. Tak kisah anjing ke kucing ke, if they need shelter or food.. kita bagi je,” tulis seorang netizen.

“Murni hati kau selamatkan haiwan. Nanti tuhan balas dengan ganjaran lebih besar. Haiwan jalanan tu bukan macam haiwan yang dibela,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makan roti canai dalam banjir
2 years ago

"Tak Kotor Ke.." - Penduduk Dah Biasa Makan Roti Canai Dalam Banjir, Netizen Pula Geli Geleman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...