“Salah Pilih Lagu Tu” – Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Duduki Tempat Keenam

Hiburan

“Salah Pilih Lagu Tu” – Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Duduki Tempat Keenam

Kedudukan di pusingan akhir untuk peserta Gegar Vaganza musim kelapan, Aweera menjadi perbualan ramai untuk ketika ini kerana di pusingan separuh akhir beliau dapat tempat pertama, namun sayang di pentas akhir beliau menduduki di tempat keenam.

Didapati menerusi platform media sosial, ramai warganet yang tidak berpuas hati kerana penyanyi tersebut mendapat tempat keenam, malah ada yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh para juri.

Advertisement

Bagi menjawab pertanyaan ramai, salah seorang juri GV8 iaitu Datuk Ramli MS atau mesra dikenali sebagai Tok Ram berkata kekalahan Aweera pada pusingan akhir ini akibat daripada kesalahan memilih lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.

Katanya lagi, apabila penyanyi lelaki membawa lagu wanita, ia akan menjadi masalah yang besar kerana mempunyai range yang berbeza.

Tambahannya lagi, ketika persembahan solo dan pusingan battle untuk Aweera, juri tidak berpuas hati memandangkan dia merupakan penyanyi rock, jadi bila membawa lagu balada ia agak tidak kena.

Sekadar info, pada konsert akhir Gegar Vaganza musim kelapan semalam, Aweera telah membawa lagu Beggin‘ (The Four Seasons) secara solo dan untuk segmen duet, dia berganding bersama Liza Hanim menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).

aliff aziz juara GV8
2 years ago

Aliff Aziz Berjaya Merangkul Tempat Pertama Di GV8, Bawa Pulang RM100,000 & Trofi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...