Salah Guna Ganja, Farid Kamil Dihukum Penjara Sembilan Bulan

Hiburan

Salah Guna Ganja, Farid Kamil Dihukum Penjara Sembilan Bulan

Hari ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kepada pelakon Datuk Farid Kamil atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lepas.

Foto: NST

Keputusan itu dibuat Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.

Advertisement

Harian Metro melaporkan, Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu. –

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...