Usahawan kosmetik, Nur Sajat mencetuskan banyak kritikan sejak beberapa hari lalu apabila dia bertindak melampau berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah. Apa yang dilakukannya kini menjadi perhatian ramai termasuklah pihak kerajaan yang mengatakan Sajat telah memberi imej buruk kepada Islam dan negara Malaysia.
Baru-baru ini, model dan pelakon Haneesya Hanee turut memberikan pandangannya mengenai kontroversi Sajat.
Memahami situasi, Haneesya berkata orang ramai khuatir jika Sajat telah menjejaskan ibadah orang lain. Sekiranya benar dia seorang lelaki, maka apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan berat, duduk di saf wanita ketika solat di Masjid Nabawi & Masjidil Haram. Boleh terputusnya saf wanita sebab adanya lelaki, aurat jemaah wanita lain juga tercalar selain solat mereka terbatal.
Ada netizen tetap sokong Sajat
Meskipun Sajat telah mencemarkan tempat ibadah dan Tanah Suci, namun masih ada juga sesetengah netizen yang berpihak kepadanya. Tidak setuju apabila status jantinya dipersoal dan dikritik. Mempertikaikan mengapa masyarakat ingin terus mengecam Sajat.
Tidak berdiam diri, Haneesya tampil membidas penyokong Sajat bahawa apa yang berlaku boleh mendatangkan kesusahan kepada jemaah wanita lain.
“Sajat lelaki apa dia buat itu haram”
Tidak hanya berdiam diri, Haneesya tampil menyelar penyokong Sajat. Mengapa mereka masih lagi ingin menyokong seseorang yang secara jelas telah melakukan perkara haram, mempermainkan agama dan mencemarkan tempat suci bagi umat Islam.
Netizen sokong Haneesya
Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Sajat. Mereka tidak boleh menerima cara usahawan itu yang “mencemarkan” bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil.

m
February 4, 2020 at 11:35 am
This time I stand with you Hanee!!! Haram tetap haram oii!! jangan nak terikut-ikut budaya barat sangat lah
sisglamor
February 4, 2020 at 11:34 am
hahahaa funny. makna yang leh comment psl sajat ni org yg tudung labuh solat 5 waktu perfectt mantap ibadah la? baru leh cakap pasal sajat. kelakar. ingat korg alim ulamak ada lesen la untuk leceh kan kami yg xperfect ni. yg tak perfect ni tak boleh bersuara ke? shame on you, semoga korang juga diberikan hidayah. aminn,.
Anonymous
February 4, 2020 at 11:26 am
hmmm..Sajat mncemar imej tanah suci,nko mncemar imej Islam dgn arak & mndedahkn aurat..smg dberikn hidayah buat awk ye..
Anonymous
February 4, 2020 at 11:22 am
Hmm…sajat mncemar imej tanah suci nko mncemarkn dgn imej seksi..smg nko pun dberikn hidayahNya..
feldegast
February 4, 2020 at 11:15 am
Thanks Haneesya. But so do tak pakai tudung, bogel and minum arak.