Dua usahwan popular Safiey Illias dan Nur Sajat masing-masing mempunyai kontroversi hangat terutama sekali melibatkan soal jantina mereka. Pendek kata, apa yang mereka lakukan pasti sahaja akan mendapat perhatian dan mengundang segala macam jenis kecaman dan kritikan.
Terbaru, kemunculan mereka dengan membuka booth perniagaan di sebuah karnival jualan popular mendapat bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Perak. Pihak tersebut telah melakukan serbuan dan memaksa agar Safiey dan Sajat menarik diri dari acara berkenaan dan sekaligus menutup gerai mereka.
Insiden itu membuatkan Safiey dan Sajat kecewa dan meluahkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang tidak adil menutup periuk nasi stokis-stokis yang menjual produk mereka. Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana mereka yang terlibat hanya ingin mencari rezeki dengan cara yang halal.
Safiey juga mendakwa pekerja beliau dimalukan dengan begitu teruk. Meskipun terkilan dengan apa yang berlaku, Safiey menganggap ia adalah satu ujian buatnya.
Apa pandangan anda pula tentang isu ini? Wajarkah tindakan seperti itu diambil?