Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saat Bahagia Timang Putera Kedua Diragut, Kejamnya Mereka – Rintihan Hati Rita Rudaini

Kisah pergolakkan rumah tangga Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan beberapa tahun lalu antara yang paling mendapat liputan luas media dan bualan hangat netizen. Ditambah pula dengan episod Rita turun naik mahkamah demi mempertahankan hak anak-anaknya.

Advertisement

Meskipun pelbagai spekulasi dan andaian yang timbul, sehingga hari ini punca sebenar perpisah mereka masih tidak diketahui.

Tidak mampu untuk menjawab setiap persoalan satu persatu, Rita menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya tentang kisah anak-anaknya yang masih kecil terpaksa hidup tanpa kasih seorang bapa yang tiba-tiba menghilang secara ‘kejam’.

Rintihan hati Rita itu cukup menyentuh hati ramai yang turut bersimpati dengan ujian yang dilalui oleh pelakon wanita itu. Rata-rata netizen tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada beliau.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Sabri Ali @ Nick

    September 25, 2018 at 7:22 pm

    BE STRONG, RITA

    • Mat Ronggeng

      September 25, 2018 at 8:53 pm

      Aku rasa sesuatu yg tak kena dgn si Rita no. Tak payah lah budget sesuci embun pagi tapi perangai diri sendiri yg tak betul. Mulut tu…Mulut tu…. Musabahah diri ya.
      Sebelum Aidil tu kau pun pernah kahwin dan cerai… Masih nak play victim??
      Takde nya orang nak cerita keburukkan sendiri tulis buku… Mahu tak laku buku tu…
      Apa apahal bukak cerita lama sebab nak jual buku….
      Ala cerita macam drama TV Malaysia je… Pusing pusing cerita yg sama pasal laki bini. Ada lagi kisah kehidupan yg lebih lara… Yg lebih mencabar… Yg lebih menyayat hati… Ni cerita lama pasal retis kahwin pemain Bola..lepas tu cerai… Dah kau meroyan kat media bertahun tahun… Dah hilang exclusive nya cerita kau….
      Apa lagi la cerita dalam kain yg kau nak meroyan lagi…..yawn!!

  2. husnuzon

    September 25, 2018 at 5:17 pm

    salam rita,

    ………berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…..memang perit memang sakit bila ditinggalkan…apatah lagi tanpa sebarang sengketa …….tak apalah ..anggap itu ujian allah….hanya yg mampu dan kuat sahaja yang dipilih NYA…rita kuat rita kuat….insya allah jangan putus berdoa…semoga bahagia menjadi milik rita satu hari nanti…BAGI MEREKA YANG ASYIK MENCACI DAN MENGATA…..biarlah depa…depa lupa..allah tu maha besar….satu hari kena kat depa baru depa rasa….saya doakan rita dan anak2 bahagia dunia akhirat….biiar bapaknya abaikan tangungjawab dia, nanti bila dia mati..anak2 tak doakan dia dlam kubur padan muka dia…kena makan dek cacing, ulat,kala jengking hahahahahahahahahahahah

  3. anon

    September 25, 2018 at 5:05 pm

    kawan tapi tak rapat sgt dah

  4. Anonymous

    September 25, 2018 at 4:15 pm

    Mn boleh lupa wei..laki dia muda dri dia dulu2 tu..

  5. Anonymous

    September 25, 2018 at 4:13 pm

    Aku lagi la. Parents pilih kasih. Asyik back abang2 aku dan selalu sahaja marah aku, macam semua aku buat tak kena dan bila marah2 tu siap cakap kau lebih baik keluar dari rumah lagi baik.

    Sampai satu tahap aku dah rasa sangat terkesan. Bayangkan asyik suruh keluar rumah je sampai buat aku rasa aku dalam rumah tu macam orang asing dan dah jadi segan. Satu hari tu aku terus keluar rumah dan dah lebih 10 tahun aku tak balik. Dengar2 ada la ibubapa aku cari dan semua orang kata baliklah tapi mereka tak faham apa yang aku rasa.

    Sampai sekarang aku tak rasa nak balik jumpa mereka sebab aku tak tau nak bagi reaksi apa bila jumpa, aku rasa janggal sangat. Nanti bila jumpa nak peluk la semua buat aku rasa tak selesa sebab selama ni aku tak tahu rasa kena peluk dengan family. Mereka buat aku jadikan mereka orang asing dalam hidup aku. Tiada siapa yang faham perasaan ini, cuma yang aku tahu aku tak bersedia nak balik. Aku cuma berdoa bila aku rasa aku dah ready biar aku sendiri yang balik.

    • Sis

      September 25, 2018 at 5:42 pm

      Dik, selalu lah berdoa agar tuhan bukak hati ko untuk maafkan & berjumpa mereka. Paling penting, hilangkan rasa marah & redha lah atas apa yg terjadi.

      Akak pun membesar dgn perasan kecik hati dgn ibu bapa. Nak lupakan memang x mungkin tapi akak belajar memaafkan & menerima mereka insan yg tak sempurna (begitu juga kita).

    • Anonymous

      September 26, 2018 at 9:49 am

      Maaf tu memang dah maaf dan tiada rasa marah cuma hati ni macam dah tak rasa apa2 pada mereka, terlampau tawar hati sudah. Fikir juga bila jumpa nak bagi reaksi ape, mungkin mereka menangis, peluk2, minta maaf kat aku tapi aku tahu aku tak akan ada rasa apa2 dan akan buat aku lagi segan, janggal dan tak selesa.

      Aku berdoa aku takkan terserempak dengan mereka, biarlah bila aku rasa tiba masa aku nak jumpa dan dah bersedia, masa tu aku akan balik.

      Asyik suruh keluar rumah je, time tu umur 20 tahun sekarang aku dah 32 dah. Hidup dulu terkontang kanting, kerja pun struggle dan hidup pun susah. Semua salahkan aku kata, tak dapat berkat ibubapa buat mereka sedih. Aku tahu syurga di bawah tapak kaki mereka tapi aku tak akan derhaka jika tidak disebabkan mereka. Aku dah berusaha jadi anak yang baik.

      Semua orang melihat tak masuk syurga seseorang anak itu kerna derhaka pada ibubapa tapi macam mana pula ibubapa yang menyebabkan anak itu derhaka.

    • NAJWA

      September 26, 2018 at 1:49 am

      Tak ada ibu bapa yang sempurna dalam dunia ni kawan.
      maafkan mereka. ambillah berapa lama masa nak bersedia untuk berjumpa.
      Sebab yg disakiti tu, kamu. Orang lain tak rasa.
      Cuma,.. Parents zaman dulu, atau zaman kita 20 tahun dulu, memang parenting skills ni sesuatu yang orang tak titikberatkan sangat. Lain sangat beza dengan sekarang.

      Belajar utk memaafkan diri, belajar memaafkan ibu ayah. Kita semua buat silap. Diorg pernah cari kamu balik, means diorang rindu. Menyesal agaknya dengan perbuatan diorang.

      Keluarga saya pun jenis yang tak affectionate, tp parents saya tak pilih kasih dengan ketara. Ada waktu memang nampak. Tapi sebagai anak saya tahu mereka sedaya upaya sayang sama rata.
      Dulu, awak tinggalkan rumah, dengan bawa hati remaja, masih panas. Saya doakan awak sejuk hati. Sedia memaafkan segala perbuatan ibu ayah dan abang abang awak. Trust me, you miss them too.

      Baliklah melawat walaupun jenguk sejam cuma. Jangan diikut hati yang menjeruk rasa tu. Mesti ada sekelumit rasa sayang dan rindu pada keluarga.
      Awak masih ada masa untuk jenguk jasad mereka. Hidup kita ni pendek je.

      Saya doakan awak ditemukan jodoh yang baik juga. Nanti dah jadi parents to your own children, dont repeat the same mistake ok? :) may Allah ease everything for you.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama