Runsing Pigmentasi ‘Menghiasi’ Kulit? Jangan Risau! Gunakan Cara Ini Untuk Selesaikannya

Hiburan

Runsing Pigmentasi ‘Menghiasi’ Kulit? Jangan Risau! Gunakan Cara Ini Untuk Selesaikannya

Orang tatal laman media sosial sebab seronok disajikan dengan pelbagai swafoto daripada teman-teman, keluarga jauh mahupun selebriti. Tapi hati kita asyik gundah gulana sahaja apabila melihatkan kulit wajah mereka yang flawless dan zero cela langsung. Meluat tengok muka sendiri apabila pandang cermin!

Bukan sikit-sikit pula cela yang ‘menghiasi’ muka, dengan parut jerawat daripada zaman sekolah lah, tompok penuaan yang kunjung tiba tanpa dijemput lah, jeragat dek sering terdedah pada pancaran matahari lah, membuak-buak rasa sakit hati.

Advertisement

A close up of a person with his mouth open Description automatically generated

Pelbagai produk kecantikan yang dah digunakan untuk nyahkan masalah ini tapi hampa! Bukan setakat guna tips yang dicanang oleh guru kecantikan di serata media sosial bahkan siap menuntut ilmu kecantikan tradisional daripada nenek di kampung tetapi masih tak nampak hasil. Stres!

Mungkin anda mencari cara penyelesaian di jalan yang salah, mungkin sebenarnya ada lagi cara lebih mudah dan efisien yang mampu membantu anda mengucapkan selamat tinggal kepada isu yang sudah sekian lama membelenggu ini. Pssstt… pernah dengar mengenai pusat kecantikan Beauté Library?

Beauté Library ‘rumah’ kepada rawatan cela pada kulit anda!

Beauté Library adalah antara hero yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah pigmentasi pada kulit wajah! Tak percaya? Pusat kecantikan ini diiringi dengan pakar kecantikan yang mempunyai pengalaman berbelas tahun dalam bidang ini, jadi tak perlu risau mengenai kesahihannya.

picospot

Memberikan sepenuh perhatian kepada organ paling besar pada badan manusia iaitu kulit, Beauté Library menawarkan pelbagai rawatan untuk penjagaan diri wanita daripada spa, penjagaan wajah, pembuangan bulu dan banyak lagi. Hebat kan?

Masalah pigmentasi buat anda tidur tak lena, mandi tak basah

Mungkin nampak remeh pada orang lain tapi pigmentasi yang semakin bertambah secara senyap ‘membunuh’ keyakinan diri sedikit demi sedikit. Sampai ada yang hanya mahu keluar rumah sekiranya dah pakai solekan setebal 2 inci! Tapi renyah pula nak bersolek setiap kali mahu berjumpa orang lain.

Kalau anda nak tahu, pigmentasi ini datang dalam pelbagai rupa. Mesti pernah alami sendiri masalah seperti melasma, jeragat, tompok penuaan, parut jerawat dan juga tanda lahir kan? Kesemua ini dipanggil sebagai pigmentasi dan ianya berpunca daripada melanin yang ada dalam kulit anda.

A group of people posing for a photo Description automatically generated

Jangan marah melanin dulu, ia sebenarnya merupakan rakan anda dalam membantu melindungi permukaan kulit daripada kesan pancaran matahari. Tapi apabila terlampau banyak melanin yang dihasilkan, ia secara tak langsung merosakkan sel kulit dan menghuru-harakan produksi melanin tersebut. Alamak!

PicoSpot, solusi moden untuk si musuh pigmentasi!

PicoSpot? Apakah gerangannya itu? Pasti anda akan tersenyum gembira apabila mengetahui bahawa PicoSpot merupakan salah satu rawatan kini menggunakan teknologi daripada Korea bagi menyelesaikan isu pigmentasi yang sekian lama bersarang di wajah anda. Buang rasa risau anda kerana PicoSpot merupakan teknologi laser yang paling maju dan inovatif di seluruh dunia malahan turut diakui oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA). Wow!

picospot

Nak tahu betapa hebatnya PicoSpot ini? Ia mampu menembusi kulit dengan tenaga thermal dan adalah 1000 kali lebih efektif daripada rawatan laser tradisional bagi menggalakkan produksi kolagen kulit. Pancaran laser tersebut akan menghapuskan melanin penyebab pigmentasi dan memastikan ia tidak akan muncul kembali. Bahkan permukaan kulit anda tak akan terjejas langsung!

picospot

Lebih menyeronokkan kerana rawatan ini tak menyakitkan. Yes! Pihak Beauté Library akan menyapu krim kebas terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan PicoSpot. Disebabkan teknologi laser ini adalah lebih maju berbanding teknik pancaran laser tradisional yang lain, para pelanggan yang pernah melaluinya menjelaskan bahawa sakitnya hanya seperti rasa titik panas sesaat sahaja pada kulit. Jadi anda tak perlu beria ketap gigi dan genggam tangan sendiri untuk lalui rawatan PicoSpot ini.

Nyahkan pigmentasi hanya dengan harga RM188. Serius?!

picospot

Makin tersenyum lebar bila dapat tahu bahawa rawatan PicoSpot ini hanyalah berharga RM188 sahaja. Tak perlu berhabis beli produk berbotol-botol sehingga mencecah ribuan ringgit lagi dengan rawatan hebat ini. Dahlah tak sakit sangat malah menggunakan teknologi hebat daripada Korea lagi, memang patut sangat cuba!

Malahan pelakon Sherlyn Seo pun sukakan rawatan laser PicoSpot yang ditawarkan di Beauté Library ini! Lihat sahaja kulit wanita ini yang menawan dan gebu, mesti anda pun dah lama impikan kulit wajah sepertinya kan? Hasilnya juga adalah serta-merta tapi hanya RM188 sahaja, berbaloi!

Berbunga-bunga rasa hati bila dengar anda boleh menghasilkan kolagen bagi tampil muda, menghilangkan masalah pigmentasi selain dapat pastikan kulit kelihatan lebih cerah dan tegang. Jadi apa tunggu lagi, cepat singgah ke mana-mana cawangan Beauté Library berdekatan anda bagi mendapatkan sendiri khidmat rundingan mengenai PicoSpot dengan pakar di sana.

A person in a wedding dress Description automatically generated

Jikalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan laser PicoSpot ini, anda digalakkan untuk mendapatkan banyak lagi maklumat yang lebih lanjut di laman web PicoSpot Beauté Library

Katakan tidak pada pigmentasi dengan bantuan PicoSpot!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...