June 24th, 2019

Pergolakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim semakin hangat diperkatakan apabila Mawar dikatakan sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Walaupun pelbagai spekulasi sudah timbul tentang status rumah tangganya , Fizo bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.

Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okay barulah saya akan beri kenyataan kepada media.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti.

Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini dikatakan sedang bermasalah apabila mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan. Seorang di Kelantan dan seorang lagi di Pulau Pinang. Malah, Fizo juga sudah jarang memuat naik foto mereka bersama di media sosial.

Sumber Berita : Harian Metro


45 responses to “Rumah Tangga Fizo Omar Berantakan, Mawar Sudah Rujuk Peguam?”

  1. Anonymous says:

    Semoga selamat rumahtangga yang dibina. Kesian anak..

  2. Tk says:

    Artis ni ada job ada duit.
    1) Klu ko tak da fixed income. Tak da kerja tetap. ko kna berjimat.
    2) beringat waktu sendu Waktu susah dapat job. Tengah laku ni Ko Kena usaha macam mana nak terus jana income. Klu tak usaha Macam mana nk maintain anak bini?

  3. ikan says:

    haritu masa kecoh raya asing aku komen kata rumours macamni biasanya orang deny tapi last2 memang betul. bukan ni je. tiapkali ada rumors pasal artis mmg mcm tulah, deny2 last2 betul. moga fizo mawar dapat selamatkan rumah tangga mereka jika itu yang terbaik,

  4. Melur says:

    Mawar ni boleh tahan mulut puaka..
    Agak sombong juga..
    Dia ni nampak keras dan dominan berbanding fizo..

  5. fid says:

    Itulah, pelik pulak aku byk pulak dislike..hihi….padahal aku baca komen tgk mcm benda yg betul dikomen… xleh terima kenyataan ke mmg ada suami jadi biawak hidup semua isteri tanggung??? Aku x ckp pasal dia, ni in general mmg byk lelaki yg dh kawen melepaskan tanggungjwb kpd isteri sbb isteri2 skrg semua bekerjaya…

Loading...