Written by Bella | June 24th, 2019

Pergolakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim semakin hangat diperkatakan apabila Mawar dikatakan sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Walaupun pelbagai spekulasi sudah timbul tentang status rumah tangganya , Fizo bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.

Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okay barulah saya akan beri kenyataan kepada media.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti.

Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini dikatakan sedang bermasalah apabila mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan. Seorang di Kelantan dan seorang lagi di Pulau Pinang. Malah, Fizo juga sudah jarang memuat naik foto mereka bersama di media sosial.

Sumber Berita : Harian Metro

45 responses to Rumah Tangga Fizo Omar Berantakan, Mawar Sudah Rujuk Peguam?

  1. Mohdzakiey says:

    Aikkk..yg pergi tu cinta yg dtng tu jodoh katanya..mcm2 zamn skrng kawen cerai kawen cerai..so jgalah perkahwinan tu till jannah yg lpas2 jdkn pengajaran..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply