Rumah Mak Long Lenyap Akibat Banjir, Ebit Lew Bantu Bina Yang Baru

Hiburan

Rumah Mak Long Lenyap Akibat Banjir, Ebit Lew Bantu Bina Yang Baru

Sekali lagi menjadi perhatian, pendakwah dan juga aktivis kemanusiaan Ebit Lew khabarnya akan membina sebuah rumah baru buat seorang warga emas yang tular kerana kehilangan rumah akibat tragedi banjir di Hulu Langat, bulan lalu.

Rohana Mahfuz,76, sebelum ini dilaporkan ‘lenyap’ tempat kediamannya berikutan arus deras banjir yang melanda sesetengah negeri pada hujung tahun lalu.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Ebit Lew berasa terpanggil untuk membantu dan memaklumkan bahawa dia telah berjumpa sendiri dengan wanita tersebut dan berjanji akan membina sebuah rumah baru untuknya.

Ebit turut berkongsikan momen-momen perjumpaan tersebut di media sosialnya untuk tatapan netizen.

Menangis je dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah.

 

Rohana MahfuzSumber : Utusan Malaysia 

 

Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu sahaja saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga.

Maklum Ebit lagi, dia sudah menghubungi kontraktor dan kini dalam proses untuk menyiapkan reka bentuk pelan rumah baru untuk Rohana.

Cerita Ebit, wanita tersebut tidak mempunyai suami dan anak-anak namun dikelilingi adik beradik serta jiran tetangga yang saling membantu meringankan beban.

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar urusan pembinaan rumah baharu itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T.

2 years ago

Macam Sudah Senyap, Ini Perkembangan Terkini Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...