“Rumah Bagai Nak Pecah, Dia Boleh Cakap ‘Biasalah Tu’..” – Gadis Kesal Buat Aduan Ibu Dipukul Bapa, Polis Tak Layan

Kehidupan

“Rumah Bagai Nak Pecah, Dia Boleh Cakap ‘Biasalah Tu’..” – Gadis Kesal Buat Aduan Ibu Dipukul Bapa, Polis Tak Layan

Keganasan rumah tangga rasanya dah banyak kali kita dengar terjadi dikalangan masyarakat Malaysia, malah perkara ini juga sering menjadi topik perdebatan diantara kaum adam dan kaum hawa.

Kes-kes keganasan rumah tangga juga semakin hari, semakin meningkat di dalam negara kita ini, seperti sebuah kisah yang tular sebelum ini dimana seorang isteri lumpuh akibat dipukul teruk oleh suaminya.

Advertisement

Baru-baru ini pula, tular sebuah kisah di platform Twitter yang dikongsikan oleh seorang gadis apabila berasa kesal selepas membuat aduan pada pihak polis tentang ibunya dipukul oleh bapa.

twitter

Gadis itu menceritakan pada awalnya dia sudahpun membuat panggilan ke Talian Nur atau dikenali sebagai Talian Kasih yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bagaimanapun, kerana kejadian yang terjadi boleh dikatakan agak teruk, pihak dari Talian Nur meminta agar gadis tersebut menelefon polis, namun jawapan yang diterima amat mengecewakan gadis itu kerana mereka seakan-akan tidak kisah dengan apa yang telah berlaku.

Kerana terlalu marah dengan maklum balas yang diterima oleh pihak polis terbabit, gadis itu nekad untuk menceritakan situasi urusannya bersama pihak polis terbabit ketika itu.

twitter

Difahamkan, selepas perkongsiannya menjadi tular di platform tersebut, akhirnya bantuan dari pihak polis tiba dan isu yang berlaku telah pun diselesaikan serta dia turut menegaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berniat untuk memburukkan pihak polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

puteri aishah seksi
2 years ago

"Mana Seluar?! Bertambah Teruk Lepas Kahwin Ni" - Pakaian Menjolok Mata, Puteri Aishah 'Disekolahkan' Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...