Ruhainies Dedah Rakan Artis Cuba Goda Kekasihnya

Hiburan

Ruhainies Dedah Rakan Artis Cuba Goda Kekasihnya

Sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Mr E, kisah Ruhainies dan kekasihnya itu sering menjadi perhatian ramai. Betapa bertuahnya pelakon wanita itu disayangi dan dimanjakan penuh kasih sayang.

ruhainies

Advertisement

Hampir tiga tahun menyulam cinta, Ruhainies akui kisah percintaan mereka juga turut mempunyai dugaan sama seperti pasangan lain.

Meskipun tidak pernah mendedahkan siapa Mr E, ramai juga wanita yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya. Malah, ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba memancing hati kekasihnya itu.

kekasih ruhainies

Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan.

Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mati. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah.

ruhainies

Bagaimanapun, buat masa ini mereka tidak tergesa-gesa untuk berkahwin memandangkan usia mereka masih muda.  Ruhainies juga ingin memberikan ruang kepada kakaknya, Risteena Munim untuk bernikah terlebih dahulu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...