Rozita Che Wan Komen Isu Foto “Berseluar Pendek”

Hiburan

Rozita Che Wan Komen Isu Foto “Berseluar Pendek”

Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikecam hebat oleh pengikut beliau di  Instagram apabila beliau memuat naik foto seakan memakai seluar pendek ketika bercuti di London bersama keluarganya. Rata-rata pengikutnya menyifatkan Che Ta tidak menjaga senstiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan memakai sesuatu pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Che Ta dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata isu tersebut sama sekali tidak menjejaskan mood bercuti beliau. Buat Che Ta, mereka yang menghina beliau dan memberikan respon negatif adalah seorang yang tidak berfikir dengan panjang dan menuduh beliau berseluar pendek kerana sebagai seorang wanita bertudung beliau tidak akan membuat perkara sebegitu.

Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja.

Jika sekali lihat foto tersebut tidak dapat dinafikan ia tampak seakan Rozita Che Wan memakai seluar ataupun skirt pendek.  Sebenarnya untuk elak supaya tidak dikritik maka jagalah penampilan kita. Kadang-kadang kita mungkin hendak berfesyen tetapi pastikan ia kena pada tempat.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...