Rotan Dan Malukan Anak Di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

Hiburan

Rotan Dan Malukan Anak Di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

Siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri? Seorang yang gemar berkongsi semua perkara di media sosial dan tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Advertisement

Baru-baru ini, beliau dikecam teruk selepas memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

Tidak dinafikan, perkara itu mencetuskan perdebatan dikalangan netizen sehingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis terhadap Aliff atas dakwaan penderaan fizikal dan memalukan anaknya itu di media sosial.

Laporan itu dibuat pada hari Selasa lalu  oleh Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM), di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Mereka amat terkesan dengan tindakan Aliff yang diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal kanak-kanak.

Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya yang ditonton kira-kira 1.3 juta pengikutnya. Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

CRCM pada masa yang sama turut menggesa pihak  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kejadian ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...