RM16k ‘Burn’ Ditipu Katering Majlis Kahwin, Keluarga Pengantin Masak Sendiri Makanan Untuk Tetamu

Kehidupan

RM16k ‘Burn’ Ditipu Katering Majlis Kahwin, Keluarga Pengantin Masak Sendiri Makanan Untuk Tetamu

Majlis perkahwinan yang diharapkan berjalan lancar akhirnya berdepan masalah apabila ditipu syarikat katering yang membatalkan tempahan pada saat akhir.

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Khairun Nazri Mohammad, 24, yang juga merupakan pengantin lelaki memberikan penjelasan di mana syarikat katering itu menelefon pada pukul 7 pagi memberitahu tidak dapat menyiapkan tempahan.

Advertisement

Difahamkan, syarikat itu memberitahu telah mengambil lima tempahan secara serentak menyebabkan tempahan tidak dapat disiapkan.

Menurut Khairun juga, syarikat tersebut tidak dikenali dan segalanya diaturkan oleh syarikat perancangan perkahwinan.

Selain itu, syarikat katering hanya memulangkan RM3,000 daripada RM16,700 yang dibelanjakan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Walaubagaimanapun, majlis perkahwinan berjaya diselamatkan apabila keluarga pengantin saling bekerjasama bergotong-royong menyediakan makanan untuk tetamu.

Susulan kejadian berkenaan, Khairun menjelaskan bahawa laporan polis telahpun dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan dua pasangan juga pernah berhadapan dengan masalah yang sama disebabkan syarikat tersebut.

2 years ago

"Kawan Makan Kawan" - Rugi Lebih RM61,000, Wanita Hadapi 16 Pertuduhan Tipu Rakan 'Join' Pelaburan Emas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...