Rita Rudaini Tidak Kisah Digelar Gila Talak

Hiburan

Rita Rudaini Tidak Kisah Digelar Gila Talak

Kerap memuat naik foto bekas suaminya, Aidil Zafuan bersama anak-anak mereka di akaun Instagram, kisah rumah tangga Rita Rudaini sejak kebelakangan ini kembali menjadi perhatian netizen.

Advertisement

Pelbagai juga tomahan yang dilemparkan kepadanya apabila sesetengah netizen mendakwa Rita sebenarnya masih merindui bekas suaminya itu  dan belum lagi  ‘move on’. Namun, Rita tidak kisah sekiranya ramai yang menganggap beliau gila talak.

Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula. Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam. Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya.

Rita sebelum ini menjelaskan tujuan beliau menyimpan foto-foto lama bersama Aidil adalah hanya sekadar kenangan untuk anak-anaknya sahaja. Malah, Rita juga ingin menyatakan beliau tidak mempunyai masalah dengan bekas suaminya itu.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aziah Azmee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...