Rita Rudaini Terkejut Ramai Lelaki Muda Ajak Kahwin

Hiburan

Rita Rudaini Terkejut Ramai Lelaki Muda Ajak Kahwin

Beberapa hari lalu, Rita Rudaini ada mengeluarkan kenyataan mengenai perkahwinan dengan lelaki lebih muda, ekoran itu ramai yan menyangka Rita sudah kembali bersedia untuk membuka pintu hatinya. Rita mendedahkan beliau menerima banyak mesej peribadi di Instagram yang mahu menjadikannya pasangan hidup mereka.

Advertisement

Lebih mengejutkan mereka yang berani melamar Rita itu adalah lelaki muda yang mahu memperisterikan beliau.

Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram. Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar. Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri.

Bagaimanapun, Rita masih belum berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan percintaan ataupun berkahwin buat masa ini. Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang bersama dua orang cahaya mata lelakinya.

Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu. Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian. Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga.

Siapa yang kata ramai lelaki takut untuk mendekati Rita? Buktinya beliau masih lagi  diminati ramai jejaka diluar sana. Tapi sayangnya hati beliau belum lagi teringin untuk mencari pengganti. Tidak mengapalah, semoga Rita dan anak-anaknya terus bahagia bersama, soal jodoh ini serahkan sahaja pada ketentuan takdir.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...