Sebelum ini beberapa selebriti telah meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memberikan komen melampau seperti pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan menyaman netizen kurang ajar menghina fizikal rupa anaknya. Kali ini, Rita Rudaini turut melakukan perkara yang sama.
Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya.
Laporan polis dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau! Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.
Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku.
Menurut peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan, tempoh selama 14 hari akan diberikan kepada individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Joyah Pok Pek
October 22, 2019 at 5:10 pm
Netizen tu silap tnya tu..septtnya nya tanya ada sijil kelahiran tak? Sebab kahwin di Siam, takut perkahwinan tak berdaftr di Malaysia jdi anak x de sijil kelahiran. Bukan anak sah taraf ke tak? Nak tnya pun bodoh jgk netizen tu..kan dh kena
[email protected]
October 22, 2019 at 2:29 pm
cehhh…tiber jer semua komen murni…puiiiiiii
kiah perkasam daging
October 22, 2019 at 1:25 pm
dia dah delete account instagram dia dah, tau pulak kecut.. ingat polis x dpt kesan ke? cakap mcm tak de otak betul!
mimi
October 22, 2019 at 12:08 pm
good job rita. Tu je makanan netizen mulut puaka macam tu. I rasa celebrity should stand up for their right daripada asyik kena cyberbully je, Kita ni yang rakyat marhaen kalau kena komen sepatah pun dah boleh murung setahun.
Anonymous
October 22, 2019 at 12:01 pm
Ambik ubat! Berani sgt kan.