Pelakon yang kini bergelar pengacara, Rita Rudaini tidak dapat menahan rasa berang dan geram dengan sikap kurang ajar seorang individu yang mempertikaikan cara beliau mengacara di sebuah program jualan langsung di televisyen.
Bukan itu sahaja, individu tersebut yang menghantar mesej peribadi kepada Rita di Instagram turut menghina usia serta penampilan Rita dan punca rezekinya itu.
Rita bukan berniat untuk memalukan individu tersebut, tetapi apa yang dilakukan itu sudah melampaui batas dan meminta agar dia belajar untuk menghormati dan tidak mempunyai sifat hasad dengki dengan kehidupan orang lain.
Sabarlah Rita, dalam dunia ini memang ramai yang tidak boleh melihat orang lain hidup senang dan ada sahaja kesalahan dalam diri kita yang ingin mereka cari. Tidak perlu layan komen-komen mereka yang melampau.