Rihana Oksana Nafi Jual Cincin Perkahwinan Untuk Tanggung Kos Perubatan Anak

Hiburan

Rihana Oksana Nafi Jual Cincin Perkahwinan Untuk Tanggung Kos Perubatan Anak

Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Muhammad V masih belum berkesudahan lagi.

rihana oksana petra fail petisyen tentukan bapa anak

Advertisement

Menerusi laporan portal Daily Mail UK sebelum ini, Rihana dikatakan terpaksa menggadai cincin perkahwinannya bernilai RM 1.05 juta untuk menampung bil perubatannya akibat ditinggalkan ketika hamil 4 bulan. Ketika itu beliau begitu terdesak untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan di Switzerland dan hampir keguguran.

Rihana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

Rihana nafi jual cincin perkahwinan

rihana oksana

Namun, menerusi komen terbarunya di Instagram, Rihan menafikan telah menjual cincin perkahwinannya seperti yang didakwa. Rihana menjawab pertanyaan daripada beberapa netizen yang mempersoalkan bagaimana beliau masih mampu hidup mewah dan bercuti di Paris.

rihana oksana nafi jual cincin perkahwinanrihana oksana nafi jual cincin perkahwinan

Menurut Rihana, dakwaan itu hanya khabar angin sahaja dan beliau tidak pernah memberikan kenyataan sahih kepada mana-mana pihak media.

rihana oksana nafi jual cincin perkahwinanTerdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai RM41.2 juta dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah RM123,694 sebulan. Malah, beliau juga berkata akan mendedahkan wajah Tengku Ismail Leon Petra tidak lama lagi.

Sumber Berita : Daily Mail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...