Rihana Oksana Bakal Dedah Wajah Tengku Leon

Hiburan

Rihana Oksana Bakal Dedah Wajah Tengku Leon

Sebelum ini, kecoh apabila bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah bapa kepada Tengku Ismail Leon Petra.

Advertisement

Apa yang dikatakan oleh Rihana menerusi beberapa kenyataan media, beliau menegaskan bayi itu adalah hasil perkahwinannya bersama bekas suami,Sultan Muhammad V. Namun, sejak dilahirkan sehingga hari ini, Rihana tidak pernah mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Bagaimanapun, baru-baru ini Rihana berkata dia akan kongsikan wajah Tengku Leon menerusi saluran YouTube miliknya tidak lama lagi.

rihana oksana bakal dedahkan wajah tengku leonTerdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...