Rezeki Semakin Murah, Intan Liana Ditawarkan Jadi Model Muslimah

Hiburan

Rezeki Semakin Murah, Intan Liana Ditawarkan Jadi Model Muslimah

Disebalik segala kontroversi beliau bakal diceraikan, nampaknya rezeki madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh semakin murah apabila mendapat beberapa tawaran menjadi model muslimah.

Advertisement

Intan tidak pernah menyangka penderitaan yang ditanggung akan membuka pintu rezeki buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan peluang pekerjaan kepadanya.

Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku. Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja.

Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan. Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan.

Menurut Intan, beliau mungkin akan meneruskan kariernya sebagai model muslimah selepas ini tetapi buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada urusan perceraiannya bersama Ude.

Intan juga semakin rancak berniaga, beliau bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya sendiri dan turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk.

Kami harap Intan terus tabah dan kuat atas apa yang berlaku. Setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri dan tidak selamanya anda akan bersedih. Sekarang pun sudah terbukti bahawa pintu rezeki buat beliau menyara diri dan anak-anak terbuka luas. InshaAllah satu hari nanti Intan akan mengecapi kebahagiaan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...