Rezeki Bekas Madu Izreen Azminda Makin Murah, Terima Pelbagai Tawaran Peragaan

Hiburan

Rezeki Bekas Madu Izreen Azminda Makin Murah, Terima Pelbagai Tawaran Peragaan

Rezeki Intan Liana Salleh, bekas madu pelakon Izreen Azminda Aznam, nampaknya semakin murah apabila menerima berbagai tawaran peragaan. Intan ialah model yang memperagakan koleksi Classy Raya Ash&Annas 2018.

Advertisement

Penulis pasti ini sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Intan mahupun sesiapa beberapa bulan dulu.

Terbaru, Intan bersama pelakon Puteri Sarah Liyana ialah wajah yang mewakili produk Kosmetik Matte by Shara. Puteri Sareh menulis di Instagram:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 

Di samping itu, Intan ialah model bagi tudung keluaran Datuk Seri Aliff Syukri.

Dia juga menerima banyak tawaran ulasan produk di Instagram.

Bekas suami Intan, Ude Wahid, 30, seorang pemuzik telah menceraikannya kira-kira enam bulan selepas mengahwini pelakon Izreen Azminda secara rahsia. Ia hanya diketahui Intan, seorang surirumah,  tiga bulan selepas perkahwinan mereka, bagaimanapun Ude tidak pulang ke rumah yang didiami Intan setelah Intan mengetahui tentang perkahwinan rahsia itu.

Walaupun Intan berkata dia menerima Izreen sebagai madunya, Ude bertindak memfailkan cerai terhadap Intan pada 30 November. Hasil perkahwinan lima tahun, mereka mempunyai dua orang anak lelaki yang masih kecil. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...