“Reviu Itu Hanya Sekadar Kerja, Saya Hanya Tolong, Lagipun Bukan Saya Yang B*gel” – Raja Afiq

Hiburan

“Reviu Itu Hanya Sekadar Kerja, Saya Hanya Tolong, Lagipun Bukan Saya Yang B*gel” – Raja Afiq

Pelakon Raja Afiq seakan-akan tidak serik dikecam netizen gara-gara menggunakan video berbaur lucah untuk mempromosikan produk menegangkan aset wanita dalam Instagramnya.

Raja Afiq
3 years ago

"Saya Tak Sampai Hati.." Raja Afiq Buat Reviu Produk L*cah, Dikecam Tak Fikir Dosa Pahala

Advertisement

Oleh kerana Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, tidak menjaga sensitiviti dan ini bukanlah kejadian yang pertama, dia dituduh sengkek oleh netizen.

Meskipun sedar dengan kecaman yang diterimanya, dia masih menerima tawaran tersebut dan memuat naik video sebegitu dalam Instagramnya.

Apabila ditanya oleh pihak Kosmo Online jika dia berasa video promosi yang dimuat naik berbaur lucah dan keterlaluan, dia hanya berkata mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan.

Saya hanya mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan. Lagipun bukan saya yang berbogel. Saya hanya fikir, reviu sekadar kerja dan video.

Dalam pada itu, pelakon drama Neraka Kasih Maisarah itu berkata reviu video yang dimuat naik pada Jumaat lalu adalah reviu terakhir untuk produk berunsur lucah.

Semoga Raja Afiq ambil perkara ini sebagai pengajaran dan tidak mengulanginya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...