Remaja 17 Tahun Dikompaun RM10,000 Lupa Imbas MySejahtera Sebab Nak Cepat

Kehidupan

Remaja 17 Tahun Dikompaun RM10,000 Lupa Imbas MySejahtera Sebab Nak Cepat

Semakin banyak pula cerita dan luahan hati orang yang dikenakan saman RM10,000 gara-gara gagal mengikut SOP yang ditetapkan.

Terbaru, seorang remaja berusia 17 tahun telah dikompaun sebanyak RM10,000 di dalam kedai runcit di Batu Berendam, Melaka kerana terlupa mengimbas kod QR MySejahtera.

Advertisement

Apa yang membuatkan ramai berasa simpati dengan remaja ini adalah kerana dia pada ketika itu dalam keadaan terburu-buru masuk ke dalam kedai runcit untuk membeli ubat paracetamol untuk ibunya yang sedang sakit.

Dia bagaimanapun tak dapat menjelaskan situasi yang berlaku selepas pihak polis yang berpakaian biasa terus mengenakan kompaun.

Lebih menyedihkan bila pelajar tingkatan 5 ini menceritakan dia masih mempunyai adik yang bersekolah, bapa pula hanya mempunyai gaji yang kecil dan ibu cuma seorang suri rumah.

This image has an empty alt attribute; its file name is afzan-1000x563.jpg

Luahan adik ini bagaimanapun mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang hanya menyatakan adik terbabit boleh membuat rayuan terus ke pegawai kesihatan Melaka Tengah untuk mengurangkan jumlah kompaun.

Nampaknya selain Covid-19, kita juga perlu lebih berhati-hati dan pastikan SOP dipatuhi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...