Rebecca Nur Al Islam Akui Kesilapan Muat Naik Foto Yang Menampakkan Sebahagian Rambutnya

Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Akui Kesilapan Muat Naik Foto Yang Menampakkan Sebahagian Rambutnya

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada mempersoalkan tindakan pelakon Rebecca Nur Al Islam memuat naik foto yang menampakkan sebahagian rambutnya ke laman sosial Instagram. Netizen yang membaca gosip berkenaan bertindak untuk mengkritik Rebecca dan pelakon itu diasak dengan pelbagai soalan.

Advertisement

Terbaru, Rebecca mengakui ia adalah kesilapan beliau kerana memuat naik foto berkenaan yang mengundang fitnah. Menurut Rebecca, foto itu diambil ketika beliau bercuti ke Jepun.

Gambar itu diambil ketika saya dan keluarga bercuti di Jepun. Untuk memudahkan pergerakan saya di sana serta keselesaan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, saya memakai anak tudung dan menutupi kepala saya dengan hoodie.

Keadaan di sana juga sangat berbeza berbanding Malaysia. Cuaca juga sangat sejuk dan angin pun bertiup sangat kencang. Saya tidak perasan rambut terkeluar. Menjadi kesilapan saya sendiri apabila saya memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. Adat menjadi manusia, tiada yang sempurna.

Rebecca memohon maaf sekiranya foto berkenaan mengundang salah faham atau rasa kurang senang orang ramai.

Sejujurnya, saya memang tak perasan. Takkan saya mahu salahkan orang lain atau tidak mahu mengaku kekhilafan ini, sedangkan ini kesalahan saya sendiri. Apa yang boleh saya lakukan sekarang, saya mahu berlaku jujur dan meminta maaf kepada semua pihak.

Apa yang penting, saya mahu menjadi diri sendiri. Walaupun saya sudah berhijab, saya masih dalam proses pembelajaran. Perubahan yang berlaku dalam diri saya terjadi secara perlahan-lahan. Perubahan ke arah kebaikan terjadi setiap hari, sedikit demi sedikit. Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk diri saya.

Untuk pengetahuan anda, Rebecca sudah mula mengenakan hijab semenjak tahun 2014 selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...