Rayyan Doa Daddy Sihat Boleh Main Di Final – Luahan Sayu Anak Sulung Rita Rudaini

Hiburan

Rayyan Doa Daddy Sihat Boleh Main Di Final – Luahan Sayu Anak Sulung Rita Rudaini

Agak kecewa bapanya tidak dapat bermain pada perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 ketika menentang Thailand kerana mengalami kecederaan, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin mendoakan agar Aidil Zafuan sihat dan boleh beraksi di final yang berlangsung malam ini.

Advertisement

Rayyan harap daddy sihat dan boleh main malam ini. Jadi, boleh Rayyan dan adik tengok daddy di TV, Rayyan bertanya pada mummy juga di mana daddy? Mummy kata daddy cedera dan sebab itu Thailand dapat jaringkan gol. Kalau daddy ada mesti takkan gol.

Jadi, Rayyan, adik dan mummy sentiasa doakan daddy sihat dan boleh beraksi dengan baik. Mummy cakap nak bawa Rayyan tengok di kedai mamak esok. Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa asalkan dapat tengok dia bermain. Semoga pasukan Malaysia menang.

Sementara itu, Rita mengakui mendapat pelawaan daripada pelbagai pihak untuk menyaksikan final itu tetapi beliau menolaknya dengan baik. .

Diakui, sejak dari awal kejohanan lagi ramai pihak nak beri tiket. Begitu juga untuk perlawanan esok, tetapi saya menolaknya. Namun, jika jemputan itu datang daripada Aidil Zafuan sendiri, mungkin saya boleh pertimbangkan. Apa pun, jika tak dapat ke stadium saya tetap akan sokong pasukan Malaysia. Semoga Aidil sihat dan boleh bermain dengan cemerlang.

Baru-baru ini, video anak-anak Rita melihat bapa mereka beraksi untuk Harian Malaya di restoran mamak mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...