“Rasa Seperti Diperlekehkan..” Zainol Macwilson Kecewa Tak Dipilih Berlakon Drama Bawah Arahan Yusri KRU

Hiburan

“Rasa Seperti Diperlekehkan..” Zainol Macwilson Kecewa Tak Dipilih Berlakon Drama Bawah Arahan Yusri KRU

Kecewa kerana namanya ditolak oleh sebuah projek drama bersiri, Zainol Macwilson yang juga bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson merasakan dirinya seperti dipersendakan oleh pihak kru produksi terbabit.

Menurut Zainol, dia diminta untuk menjalankan ujibakat rakaman berdasarkan skrip ringkas dan telah berusaha sehabis baik merakam babak berkenaan menggunakan telefon bimbit dengan bantuan isterinya di rumah. Tambah Zainol lagi, dia berasa hampa apabila pihak terbabit telah menolaknya dan ianya tidak datang daripada permintaan pengarah itu sendiri iaitu sutradara Yusri KRU.

Advertisement

Zainol atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson,62, dia pada mulanya berasa sangat gembira kerana ditawarkan berlakon di bawah arahan Yusry KRU untuk sebuah drama bersiri 10 episod yang dijadualkan bermula pada 7 November hingga 28 Disember ini.

“Selepas saya dihubungi wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Katanya, klien nak saya untuk saluran itu. Terkejut dibuarnya kerana saya bukan baru dalam lakonan. Kenapa perlu jalani uji bakat? Tapi saya ikut juga kehendak mereka dan akhirnya nama ditolak.”

Bukannya mahu membangga diri, Zainol mengakui agak berasa pelik kerana dirinya dipanggil uji bakat meskipun sudah lama berkecimpung dalam bidang seni lakonan.

Menggangap kru produksi sebagai terlalu memilih, Zainol berasa dirinya seolah-olah dipersendakan namun tidak menyalahkan Yusri.

“Apabila nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber, secara tak langsung rasanya peranan itu kepunyaan saya. Tambah lagi dalam situasi COVID-19 ini semua artis mengharapkan tawaran berlakon. Kebetulan saya ada di Malaysia. Perniagaan saya di Perth Australia sudah terhenti gara-gara wabak ini jadi saya memang sangat mengharapkan apa – apa tawaran untuk berlakon,” – Zainol Macwilson

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...