“Rasa Macam Nak Gugurkan Je” – Setiap Tahun Beranak, Wanita Terkilan Ibu Mertua Enggan Jaga Anak Raih Perhatian

Kehidupan

“Rasa Macam Nak Gugurkan Je” – Setiap Tahun Beranak, Wanita Terkilan Ibu Mertua Enggan Jaga Anak Raih Perhatian

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita baru-baru ini telah mengundang kecaman netizen berikutan sikapnya yang dikatakan tidak bertimbang rasa terhadap ibu sendiri.

Dalam hantaran yang menjadi bahan bualan ramai itu, wanita berkenaan ada meluahkan perasaan kecewa kerana respon yang diterima daripada ibu mertuanya yang seakan-akan tidak gembira apabila diberitahu bahawa dia kini hamil lagi.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Difahamkan, wanita itu baru sahaja menimang cahaya mata pada Januari lalu dan akan bersalin lagi pada tahun hadapan.

Tengok cara mertua aku balas, terkilan gila aku rasa. Aku bukan suruh jaga saja. Bayar banyak kot sampai RM250 kadang-kadang RM300 sebulan. Rasa macam nak gugurkan je.

Menerusi tangkap layar status tersebut, ibu mertua wanita tersebut sempat memberi pesanan agar mencari pengasuh kerana sudah penat menjaga anak mereka.

Meskipun hantaran tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun ia telah mendapat reaksi daripada ramai pihak yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu.

Twitter

Pandai beranak pandai la cari babysitter. Orang tua memang tak larat nak jaga pun. Sedar jela sendiri. Ingat RM200 -300 tu banyak ke? Aku jaga anak buah sejam dua pun dah sakit pinggang – netizen

Malah, ada yang memuji respon ibu mertua wanita terbabit yang dirasakan berterus-terang kerana ianya lebih baik daripada memendam rasa dan makan hati akibat diperlakukan seperti itu oleh anak menantu sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Macam Tak Ada Kedai Lain" - Jadi Tempat Persinggahan Geng RXZ, Kedai 'Akak Air Buah' Kembali Meriah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    August 17, 2022 at 5:41 pm

    bukan berkira. byk mnde x boleh nk buat kalau kne focus jaga baby. nk kuar ngn kwn2, nk bercuti, nk pegi tgk wayang. knp nk tggu hjg mggu? dia nk buat apa dgn life dia, perlu tggu hjg mggu pulak? dasar komen bodoh!!!!!

  2. Aku

    August 16, 2022 at 12:50 pm

    Alahai dgn cucu sendiri pun berkira ke? 2 3 tahun je budak2 tu baby, takkan xboleh tolong? Hujung minggu, malam2 rehatlah. Pengasuh skrg bukan boleh percaya sangat, org2 tgh susah, takut cucu2 kau jd mangsa. Eloklah rapat, lps ni diorang rancanglah kot. Mertua2 skrg ni asyik nak senang je. Nnt dh uzur cucu xsayang, dia marah cucu pulak. Menyampah

    • brunes

      August 16, 2022 at 5:15 pm

      amboiii ko hingat tulang kerat orang tua tu larat ke nak jaga sampai 2- 3 orang cucu? nasib ko ni bukan adik beradik aku. kau patut ingat anak2 tu tanggungjawab ibu dan bapa hokey bukan tanggungjawab neneknya.. titik

  3. brunes

    August 16, 2022 at 11:09 am

    kalau aku ada adik beradik macam ni memang sudah awal aku sepak, dia ingat parents tu tukang gaji dia ke? pls dont breed more baby.. cukupkan ilmu di dada, tanya diri sendiri itu tanggungjawab siapa sebenarnya? the audacity nak viral2 cerita pekung sendiri, kan sekarang nampak kebodohan ituh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...