“Rasa Kelakian Kurang Kot” – Elak Buat Rawatan ‘Vasectomy’, Suami Dakwa Rasa ‘Kosong’ Bila Bersama

Kehidupan

“Rasa Kelakian Kurang Kot” – Elak Buat Rawatan ‘Vasectomy’, Suami Dakwa Rasa ‘Kosong’ Bila Bersama

Banyak cara serta alternatif yang boleh dilakukan buat pasangan suami isteri yang melakukan ‘perancangan keluarga’ seperti makan pil perancang, memasang implan, IUD ataupun injection dan kebanyakkannya ini adalah untuk isteri.

Untuk makluman, bukan isteri saja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan alternatif yang ada, tetapi pihak suami juga ada rawatan untuk mereka iaitu vasectomy, namun masih ramai yang tidak tahu hal ini.

Advertisement

Seperti video penjelasan yang dimuat naik oleh seorang doktor di platform TikToknya, menurutnya masih ramai pihak suami yang enggan ataupun elak dari melakukan rawatan terbabit kerana enggan berasa ‘kosong’ ketika bersama isteri.

Melalui penjelasan beliau, rawatan vasectomy ini merupakan satu proses pemotongan tiub saluran sperma atas tujuan elak dari sperma masuk ke dalam air mani.

Ia sama seperti kebanyakkan pihak wanita sering lakukan iaitu rawatan mengikat ‘tiub’ untuk cegah diri dari hamil.

komen tiktok

Dalam pada itu, doktor ini turut memohon agar para suami untuk lebih menormalisasikan rawatan ini kerana ia juga akan menyumbangkan positivity kepada kesihatan isteri.

Meninjau di ruangan komen, para isteri rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pakar perubatan terbabit serta turut berkongsi kisah mereka dimana ada suami yang bersetuju melakukan rawatan itu dan ada juga yang tidak bersetuju.

KWSP
2 years ago

“Fakta Mana Pakai Ni?” - Individu Ini Dakwa Rekod Kewangan ‘Tak Cantik’ Kalau Ambil KWSP Tanpa Sebab Kukuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...